Pages

Rabu, 27 Mei 2009

Perwakilan PAS Kawasan Lenggong - Konvensyen PAS Perak 2009


Salam,kalo nak kasi tau semua pengenalan diri perwakilan yang ada didalam picture ni gaban saya,apa-apa pun ini adalah satu daripada sebahagian proses melestarikan perjuangan PAS diperingkat kawasan."kepada semua perwakilan bergeraklah kegerbang jasa,kalah menang bukan alasannya".

Selasa, 19 Mei 2009

Haji Razman Bin Haji Zakaria-YDP PAS Kawasan Lenggong


Setelah melalui Proses Pengudian yang membuatkan beberapa individu Kepanasan,Maka Ketua Pengudian Pemilihan Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong,Ustaz Abdul Karim Mahmud Mengumumkan keputusan pemilihan,encik Sukri Bin Ahmad mantan YDP memperolehi 21 Undi dan Haji Razman Bin Haji Zakaria Memperolehi 85 Undi,Undi Rosak 3,maka dengan ini saya mengumumkan Haji Razman Haji Zakaria sebagai YDP PAS Kawasan untuk sesi 2009-2011,berkuatkuasa...disambut dengan laungan takbir perwakilan sambil beberapa perwakilan Muslimat dibelakang menyambut pengistiharan itu dengan penuh kegirangan dan kegembiraan.
Pertandingan yang pada peringkat permulaannya berlaku 3 penjuru Ustaz Hanafiah Haji idris,Haji Razman Haji Zakaria dan Encik Syukri Ahmad,Speaker Mesyuarat Agung(Pengerusi Tetap Da......) menolak Pencalonan Ustaz Mohammad Hanafiah Bin Haji Idris atas alasan beliau tidak hadir dan menarik diri(walaupun desas desus yang timbul kemudian beliau tidak tarik diri,yang sekali gus membuat sepanjang petang itu telefon saya tak henti dihubungi)...apa-apa pun itulah speaker,jika diDUN kita nak orang hormati Speaker di Kawasan Speaker dikatakan merancang penolakan dengan Mantan YDP lalu,untuk memberi laluan mudah pada mantan YDP mempertahankan jawatan akhirnya akur dengan kehendak perwakilan yang memilih ketua pas cawangan kampung luat haji razman zakaria menyandang jawatan terseut,dan semalam 19 mei 2009,bertempat dibadan perhubungan PAS perak beliau menerima ucapan tahniah dari Dato'Seri IR Mohammad Nizar Jamaluddin,Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak dan Menteri Besar Perak yang Sah selepas menunaikan solat asar berjamaah dimini surau pejabat BadanPerhubungan...

Rabu, 6 Mei 2009

Dua Ketua PAS Cawangan Kampung Luat

he..he..mari saya perkenalkan pada pelawat,3 watak dalam picture ni,kita mula yang sebelah kanan namanye Encik Shahruddin Bin Ismail(AJK PAS Cawangan),dier memang orang yang istiqomah dalam perjuangan ni,hujan ke panaih ke dia still ikuti program,kalo bab runner surat panggilan mesyuarat die xpenah uk..eh..mesti die wat sampai settlenye,seterusnya sebelah kiri yang pakai sweeter duk nunduk tu mantan ketua PAS Cawangan Kampung Luat sesi 2007-2009,29 April 2009 die menjalani ibadah umrah selepas setahun mengerjakan Ibadah Haji insyaAllah Haji Mabrur,orangnye memang tegas giler...apa pun saya ucapkan terima kasih dan penghargaan beliau sepanjang memimpin sesi lepas,dan yang tengah nilah Ketua Cawangan yang baru bagi sesi 2009-2011,serba sikit saya kongsi dengan pelawat beliau adalah pesara gomen(Timbalan Pengarah KASTAM DiRaja Malaysia/KDRM)ha..ha..jangan jeles plak kitaorang dapat profesional memimpin kite sesi pada kali ini,insyaAllah saya akan bersama-sama beliau melakukan transfomasi ye la..nama pun mantan Timbalan Pengarah KASTAM so banyak la pengalaman beliau akan dicurahkan pada organisasi kecil la pada kite,wadah besaw...jadi tak mau nak expose banyak2 nantilah bila dah betul2 pantas Cawangan nanti saya akan preview pada anda semua gerak kerja kiteorg,akhir kata salam penangguhan dan takbir...