Pages
Khamis, 7 Oktober 2010
Berada di Facebook
Cheq ketika ini banyak berada di laman sosial Facebook,hingga terluba dan mengabaikan Blog..harap maklum.
Rabu, 1 September 2010
Aktiviti Hari Raya Aidifitri 1431 H
Anak2 buah cheq hat nakai2 pun banyak time tu,sapa2 hat tak sabaq dengan perangai bebudak jgn duk layan depa lebih sat g mendapat...Kek Coklat turut disediakan,mamy kata raya ni dia nak buat nasi tomato/nasik minyak.,cheq habaq "mamy cheq tak jumpa lagi la calon menantu mamy" mamy cheq jawap "hang gila apa,haih org nak buat tuk org mai kerumah beraya hang duk pikir menikah" ops sory cheq silap ingat kut nak buat habuan menyambut menantu mai rumah..
sapa2 ada program raya yang punggah kata mamak maiden mai la ajak cheq.,kalo tak dak cheq lena wat menaikkan berat badan yang dah hilang ngan terbakaq dalam bulan posa ni..ok la cheq nak balik ke FACEBOOK dah...see you again k mcm besa no tangguh dengan Kaffaratul majlis ngan suratul Asr. babai......muaha.ha.ha take care All.
Ahad, 15 Ogos 2010
Ahad, 1 Ogos 2010
Isnin, 26 Julai 2010
Lame Tui Tak Memblog
Buat Iera tima kacih n welcome to my Blog,Kalo Iera ade Akaun Email Google boleh buat komentar dibawah mana2 Posting yang Zie posting kat blog ni..,thank sekali lagi coz sudi jadi teman perbualan zie di FaceBook coz yang true nya dah lama jiwa ni mati.teman2 sebumbung di pejabat ni ade coz kitaorg sembang mcm biase,bergurau dan tegur menegur(dah mcm 1 family kat walfare ni).
Carilah yang terbaik dalam Hidup supaya kebaikan itu selalu disisi..Wallahualam..yg baik dari Allah...tangguh dengan kaffatul majlis dan suratul Asr...
Isnin, 12 Julai 2010
Nur=Cahaya
Rabu, 7 Julai 2010
Bisikan Malam
2. Kemarin ade individu tanya apsal ko dah lame tak mai pejabat,maleh nak jawap yg betul coz mak chek tak ajar chek ckp terang2 coz nanti mcm bunyi sindir n paling hacus nampak mcm kurang ajar,coz tak de ape yang speacial kat situ nak gi wat per,kat opis welfare ni banyak yang memerlukan khidmat chek untuk pastikan sistem perkomputeran dipejabat lancar dan internet dapat dimasuki dan selamat dari ancaman,tak caya?mai opis welfare tanya hazman betui ka chek dok monitor cara penggunaan pc kat opis,lagi pun pas chek parking van chek nak landing wat taik mata,kul 5.30/6.00 petang kuar pkena minumpetang,malam still kat umah or tengok kalo ade program di Markaz B.Belimbing yg Abah Munirah(ganti nama coz danger kalo expose kat cni!boleh kan munirah?) jemput join chek p la,wat mengisi masa sebelum landing penutup hari.
3. k la tak mau mengomel ngan wat ramai kat sini,see the video n enjoy that,tangguh posting ngan tasbih kaffarah ngan suratul asr..Akhukum Fil Islam...
Selasa, 22 Jun 2010
Isnin, 21 Jun 2010
Ahad, 23 Mei 2010
Selasa, 18 Mei 2010
Isnin, 17 Mei 2010
Pemanasan Global atau Bala Dari Allah
2. Pencatat duduk dalam persekitaran kampung yang mana kita ketahui kampung/desa dipenuhi tumbuh-tumbuhan/pokok kayu yang banyak dalam ertikata lainnya mana mungkin komuniti desa akan merasai panas yang membahang,hujahnya mudah,pokok kayu yang menutupi segenap inci desa dapat menyerap kepanasan,semua itu adalah bacaan geografi yang kebanyakkan kita perolehi dialam persekolahan,terlanjur menyebut persekolahan secara tidak langsung sekolah berkait rapat dengan pendidik/guru,rasanya belum terlalu lewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar cikgu baik yang mendidik pencatat mahupun tidak.
3. Berbalik kepada pokok persoalan tajuk,pencatat yang tinggal didesa merasai kepanasan membahang yang melampau,apakah dalam kata lainnya bagi mereka yang tinggal dibandar tidak merasai,lebih-lebih lagi setahu pencatat cuaca panas terlebih lagi dirasai bagi yang tinggal dibandar/hutan batu,bila desa pun membahang,bandar kata mudahnya terlebih membahang,pokok persoalannya apakah desa turut terlibat dengan aktiviti perindustrian,tidak!jadi kenapa terlalu panas hingga pada kebiasaan pencatat bila tiba kekediaman sekitar jam 3.00 petang pencatat akan merebahkan badan untuk menghilangkan kepenatan setelah memandu bermula dari jam 12.30 thari/1.00 thari(waktu pulang pelatih PDK,12.30 tghr jika nisbah kehadiran melebihi 15 org pelatih dan 1.00 tghr kurang dari 15 pelatih) hingga jam 2.45 petang(pelatih terakhir yang turun).
4. Tak sampai 3 minit pencatat dah dpt landing dengan lelap,sekarang hadus fuh...sampai kul 5.30 petang puas pejam mata tak mau lelap,sebab..panaih sangat ah...berpeluh macam pencatat baru lepas game badminton(bagi set yang betul2 fight giler nye>Partner=Ajin pun dah takde..Allah jemput dia dulu,dia excident 3 hari sebelum pencatat excident)sekang ni partner regu pun main cele pete orang kampung chek cakap,takde semangat juang yang tinggi,main mcm pondan..ops..tu mengumpat orang la tu,tapi memang real ah...pencatat tak suka main defend n slowly tak bagus ah..pencatat suka main attacking n push lawan,smash power,serv mengelirukan n realy n very2 fastest,member yang duk tunggu giliran untuk fight set lepas game kitaorg pun mata liaq.hadus..kehilanganmu>Ajin amat2 dirasai,along main tak best a....dia suka main kat jaring last2 dia yang lemas.
5. Eh...ade kena mengena ker Badminton dengan posting ni,hantam je la,tokok tambah bagi jadi sedap cerita,so visitor kena muhasabah diri balik "WHY"cuaca hari ni panaihnya pelik dan pencatat nak kongsi Picture yang pencatat amik dibawah jampatan yang menghubungkan kota tampan dan kampung luat,jambatan sungai perak,coz kat kampung chek dari chek kecik hinggalah dewasa ni,ni la first time tengoh sungai perak ayo cetek paras tumit..kalo tak korang trojun pun gerenti lemaih bagi yang tak expert berenang,pendek kata hapuh/tak sampai kaki mencecah lantai sungai.baik mari kita sama-sama view image ni dan banyak beristiqfar dan memohon ampun bebanyak dari Allah S.W.T bagi yang ganas menjahat.
K standard Kaffaratul Majlis n Suratul Asr..babai...wallahualam..yg baik dr Allah yang Tarak baik dari sikap diri yang dipengaruhi Syaitan Laknatullah...wassalam..
Ahad, 9 Mei 2010
Jumaat, 7 Mei 2010
Isnin, 3 Mei 2010
Lagu Kesukaan Jaman Duk Sekolah
sekadar hiburan semata-mata,tiada kaitan dengan mana-mana individu dan diharap terhibur hendaknya...pesanan ikhlas dari difie33@gmail.com
Ahad, 25 April 2010
Kalau Dah Jodoh Takkan Kemana...
Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Apa Itu Rindu
Merindui Seseorang
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai
Kenali Kaum Adam Dan Teknik Menundukkannya
MENAMBAT HATI LELAKI
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjuk minat tulen terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Dunia Kita Berbeza
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlaianan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk meyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk memalakukannya lelaki memerlu kan kekuatan dan keberanian yang maxima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
1) Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disamapaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuanya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembahongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wnita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Cara lelaki mengenal wanita
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
Mudah tersinggung
jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
Amat memerlukan cinta
kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan
Suka dipuji
walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
Tidak percaya kepada lelaki
walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
Berhati sentimental
kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
Suka memaksa lelaki
kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
Cemburu.
Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
Bersikap penggoda
kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Menilai Dirinya Melalui Pergerakan
Tidak sukar untuk megenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila ia sedang berbual dengan wanita.
Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.
Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.
Personaliti seorang wnita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.
Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.