Pages

Rabu, 6 Januari 2010

Tugas penggal ke 2 sesi 2009-2011

Salam,merujuk pada title posting kali ini,saya mulakan dengan mengalu-alukan hari-hari yang sedang melewati tahun baru masehi 2010,Azam...em..takde yang nak set,sebab hasil keadaan bergantung kepada apa jua tindakan cara yang digerakkan oleh batang tubuh tanpa usaha yang jitu dan berterusan tidak mungkin sesuatu yang kita planner akan tercapai,so saya berpendirian untuk mengusahakan sesuatu berdasarkan kemampuan dan permintaan semasa,telah menjadi sebahagian cara hidup bergerak berdasarkan pemintaan,suh letak jawatan saya letak jawatan,suh jangan bawak YDP saya akan cuba jauhkan diri dari melingkari beliau,suh lah buat apa sahaja saya akan penuhi,cuma jangan minta saya jauhkan diri dari Perjuangan Tercinta ini(PAS) alamat nak kena penyepak la orang tu,saya akan buat sesuatu yang akan membuatkan pihak yang meminta Puas dan mendapat apa yang mereka inginkan,jangan silap mentafsir segala bantuan yang saya hulurkan pada mana-mana individu,saya ikhlaskan hati untuk melakukan apa yang dipinta dari batang tubuh ini(bukan batang peler la...),
Sehubungan itu pihak yang ingin dan teringin tersangat2 nak tengok saya jauh dari YDP boleh mula mencanang pada mana2 pihak canangan kita telah berjaya,sebab matlamat saya bukan kedudukan atau kepentingan dari YDP,matlamat saya perjuangan tercinta(PAS) punya kedudukan dan kepentingan,jika saya tidak diperlukan diLenggong saya akan pulang ke kawasan keahlian sebenar saya IPOH TIMUR,disana ada banyak tokoh berpengaruh( mcm Salman Salleh,Syamsul Affendi,Shafarizal,Muhammad K.Y Tiang dan semua yang seangkatan) yang sudah tentu melebihi dari diri saya yang akan membuat orang bawahan yang tak cerdik tak iri hati..,pernah pada awal 2007 saya meminta Boss,en.Hazman Ramli memberikan saya ruang untuk saya hulurkan bantuan diri disana dan kehendak itu ditentang keras oleh kekanda Komander Jab.Amal Lenggong Sdr.Ahmad Ramdzi yang mengakui masih banyak kekurangan yang terdapat dikawasan sendiri,dan saya akur...
Oleh yang demikian saya bertekad dan dipermudahkan cara dengan diamanahkan untuk membantu Timbalan Yang DiPertua Ustaz Husairi Bin Ariffin menggerakkan Lajnah Permerkasaan Parti,ha...pihak yang ingin lihat saya jatuh cepat2 plankan story sebab lajnah ini namanya PERKASA,bila perkasa bermakna Kuat,gagah,berdaya saing dll.jadi jika Lajnah ini berkembang ia sudah pasti mengundang gundah gulana pihak yang berkepentingan diri,jadi kalo nak sekat,sekat dari awal jangan bila ia dah berjalan dan nak berlari baru korang terhegeh2 nak blok sebab masa tu dah tak berguna orang akan nampak kekurangan korang,saya dah menyatakan pada TYDP selepas jamuan di warung capati semalam untuk memulakan pergerakan Lajnah dari mesyuarat Agung cawangan2 penggal ke 2 sesi 09-11 ni,Planner untuk mendapatkan senarai penuh DATA JK PAS Cawangan,Data perhubungan dengan Ketua dan Setiausaha Cawangan untuk urusan perhubungan,mengenalpasti keperluan Organisasi Cawangan seperti Formal,prosedeur,system,tata cara berorganisasi,dengan matlamat merekrut semua Setiausaha Cawangan2 tentang dan kepentingan MANAGERMENT/PENGURUSAN terkini Organisasi,sebab teorinya mudah untuk mengangkat dan memperkasakan organisasi setiausahanya mesti disusun atur cara bekerja dari situ bila individu parti ini faham secara langsung mereka akan memaju cawangan-cawangan yang akan membuatkan kawasan bekerja secara sistematik dan rutin,hakikat keputusan tidak semestinya jadi mcam yang kita target perlu disemat dalam semua gerak kerja saya dan tydp,agar beliau faham keadaan akan merubah sasaran kerja...but jgn putus asa sebab kita tak boleh ubah cepat mesti istiqomah dalam mendepani perjuangan(kata2 yang dipinjam dari Setiausaha PAS Kawasan IPOH Timor,Sifu Aku da...).
Akhirkata buat TYDP dan aku sendiri selamat "BERGERAK KE GERBANG JASA,BERJAYA TIDAK BUKAN ALASANNYA" salam majujaya PAS Lenggong...

Penolong Setiausaha PAS Kawasan
merangkak Setiausaha Kerja Lajnah Pemerkasaan Parti..perkataan merangkak tu hangpa baca bagi jadi bunyinya macam ni MERANGKAP,nak buat mcm na...ala soalan budak PASTI tu...Nabil pinjam ko punya ayat jap...wokeh brader go on...LU PIKIR LA SENDIRI...

posting ini ditujukan pada mereka2 yang tak berapa perasan yang aku dah perasan memperjuangkan diri yang pada peringkat awalnya tersengih2 mai dok minta kat aku tolong.la ni duk main belakang..tak pa...kita tengok sapa yang kena,mai mengaji propaganda dulu baru boleh cerita..bye...

Jumaat, 20 November 2009

Menyelami Suka Duka Bencana Alam(Banjir 09)

OPERASI MISI KEMANUSIAAN-BANJIR LENGGONG NOV 09:Kampung Chepor Jam 12.15 Malam.


Memulakan gerak kerja Bantuan Kemanusiaan Di Kampung Chepor yang turut terlibat dalam banjir pada pukul 12.15 malam bersama dengan anggota jabatan amal kawasan lenggong...YDP pegang kapak bukan nak mengapak Ahli Parlimen Lenggong,hanya sekadar tidak mahu ketinggalan untuk memberi mesej "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN",ayuh mari bersama2 kita melihat kronologi gerak kerja bantuan kemanusia pada malam tersebut...

anggota jabatan amal kawasan lenggong berganding bahu menyediakan kelengkap enjin semburan air.
Ketua Komander(Tuan Ahmad Ramzi)memantau persiapan enjin semburan(diselingi dengan lawak jenaka beliau yg membuatkan anggota bawahan beliau begitu teruja berkhidmat dibawah beliau.

Enjin semburan beroperasi dan gerak kerja bermula,

Ketua DPPK Lenggong(ust.Abdul Karim) depan menunduk dan Setiausaha DPPK Lenggong(ust.Harith) belakang ketawa riang,bila lagi nak reging KP ni la masanya,2 pimpinan pemuda yg masih sempat bergurau senda bagi menghidupkan suasana riang dlm gerak kerja...
Sembur YDP sembur,biar ana(Ketua Komander-Ahmad Ramdzi) beruskan lantai ini,

terima kasih la nak,Allah S.W.T sajalah yg dapat balas jasa anak-anak semua mak cik dah tak punya upaya tenaga maklumlah dah berumur n pak cik pun dah tak da nak membantu,Allah lebih sayangkan dia,anak2 sorang pun tiada dirumah berhijrah ke kota mencari sesuap nasi...tinggal la mak cik keseorangan,nasib baik la rumah mak cik 2 tingkat ruang atas dpt la digunakan untuk berehat.teruskan keja nak nanti mak cik siapkan kopi untuk kamu.

gerak kerja selesai semua anggota kemaskan peralatan untuk pulang ke markas operasi misi kemanusiaan,yang dah selesai meh minum ayo hangat...

Kerja misi kemanusia siri 1 bahagian 3 sebelah malam yang didokongi seramai 23 anggota lain2 pangkat,pelbagai peralatan perkidmatan dan 4 kenderaan pacuan 4 roda siap menerima arahan pulang dan bersedia di markas misi Tuan Yang DiPertua..(Komander membelakang gambar ni)..

Kita minum dulu...YDP..Ops selesai dengan jayanya,terima kasih dan tahniah semua..mewakili pihak PAS Kawasan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan di atas pengorbanan keringat,masa dan kegembiraan untuk bersama-sama saya menggerakkan misi bantuan kemanusiaan kali ini,semoga usaha ini diberikan ganjaran sebaik-baiknya dari Allah S.W.T...INSYAALLAH.."BERAMAL KERANA ALLAH,BERGERAK KEGERBANG JASA"..YDP Hj.Razman Bin Hj Zakaria.

Selasa, 27 Oktober 2009

Rumah Terbuka YDP


Salam,bertemu lagi semua,disini zie mohon maaf dari semua terutama buat teman dikasihi Faizura ingatku dalam doamu,selamat hari raya,masa2 yg terluang yg sedikit ada pada hari ni zie akan gunakan untuk mengupdate blog zie yg diwujudkan bagi memberi gambaran sebenar gerak kerja politik dikawasan lenggong,dlm masa sama diingatkan blog ini juga akan merubah bentuk posting nye bergantung keadaan dan akan jadi blog propaganda bagi saya menyerang mana2 individu dalam atau luar parti,awas...kalo nak try cubalah...

k lah tak mau ckp yg negatif teruskan pada maksud asal posting cite pasal jamuan rumah terbuka pertama yg grand yg dibuat kampung tercinta kg luat,alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai kemeriahan dan menggamit memori indah buat semua petugas depan dan belakang tabir semua diucapkan jazakumullahu khairan jaza atas pengorbanan yg ditunjukkan,disini saya melampirkan beberapa picture semasa majlis untuk tatapan pelawat,ahli parlimen lenggong pun baru sekarang nilah duk sibuk nak buat rumah terbuka sebelum ni mana lena melengkaq.

semasa majlis berlangsung aku melantik diriku sendiri jd DJ yg pada awalnya ku letakkan member perjuangan tercinta Mohmad Saidi-maklum dia tak dapat take care majlis pada petang tu sebab beliau take care pertandingan bola sepak n sebelah malam baru dia berceloteh yg memukau hadirin ala-ala penyampai radio,sebahagian dari idea aku buat memeriahkan majlis,alhamdulillah menjadi strategi DJ untuk bagi majlis tu hidup,almaklum aku dilatih dengan teknik mencatur strategi(Mantan YDP nampaknya nak kena CATUR ngan aku nampaknya,tak buat keja ckp melangit seolah2 dah gerakkan kerja..ko nanti lah bentuk propaganda yang nak ko kena...pencatur licik dah mula menggerakkan propaganda bersama-sama unit inteligent...)

akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan pak teh(YDP)bagi aku jd sebahagian dari watak yg sama2 menggerakkan perjalanan majlis...

Ahad, 23 Ogos 2009


Tips untuk muslimah

Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapat mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.

Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

Untuk mendapat rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.

Jadi, jangan sesekali kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu untu menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambut.

Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih, meberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Selasa, 28 Julai 2009

Profil Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong

BIODATA

NAMA : HAJI.RAZMAN BIN HAJI.ZAKARIA PJK.AAB

UMUR : 50 TAHUN

TEMPAT LAHIR : KG.LUAT LENGGONG. PERAK.

NAMA ISTERI : NIDHAAL BT HASHIM.

ANAK : 6 ORANG (3 LAKI-LAKI DAN 3 PEREMPUAN)


PENDIDIKAN.


SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KAMPONG LUAT,LENGGONG.PERAK.

SEKOLAH MENENGAH DATO AHMAD LENGGONG.PERAK.

PRA UNIVERSITI (MATRIKULASI);SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM ,JITRA. KEDAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(SARJANA MUDA SAINS(Matematik)-1984)

UNIVERSITI MALAYA(MASTER IN PUBLIC ADMINISTRATION-2002)

JAIS/UMCCED(SIJIL PENGAJIAN SYARIAH-2007)


KELAYAKAN;


SERJANA MUDA SAINS (MATEMATIK)-UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA-1984

MASTER IN PUBLIC ADMINISTRATION-UNIVERSITI MALAYA-2002-

SIJIL PENGAJIAN ISLAM SYARIAH-JAIS/UNIVERSITI MALAYA CCED-2007.

AHLI PERSATUAN DARULSYIFA KUMPULAN 20-PENGIJAZAHAN OLEH TN.GURU DATO DR.HARON DIN-2008


PENGALAMAN;


PEGAWAI(Penolong Kanan Pengarah) JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA -SEHINGGA OGOS 2009

PRESIDEN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA 6 PENGGAL(12 TAHUN)

NAIB PENGERUSI MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

NAIB PRESIDEN BAKISKA (BADAN KEBAJIKAN ISLAM KASTAM)


VISI & MISI POLITIK


  1. MEMBANTU PERJUANGAN PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS) MRNJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM.
  2. MELAKSANAKAN PROGRAM MASYARAKAT KEARAH PENGHAYATAN NILAI-NILAI HIDUP ISLAM.
  3. MEWUJUDKAN SISTEM DAN PENTADBIRAN KEMUDAHAN ASAS (LETRIK,AIR,JALANRAYA,PENGANGKUTAN PERUBATAN DAN PELAJARAN) YANG TIDAK MEMBEBANKAN .
  4. MENGADAKAN AKTIVITI DAN PROGRAM KEARAH MENIGKATKAN KUALITI HIDUP DAN SOSIO EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR..
  5. MEWUJUDKAN SISTEM DAN PENTADBIRAN AGIHAN KEKAYAAN NEGARA YANG ADIL DAN TELUS.
  6. MEWUJUDKAN SISTEM PEMBELAJARAN SECARA BERTERUSAN YANG SISTEMATIK KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KHUSUSNYA DI LUAR BANDAR.


ASAS PENCALONAN

i. Sumbangan dan Pencapaian Dalam konteks Tugas.

Berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan melalui penglibatan diri secara aktif dalam program-program kualiti dan membantu jabatan mencapai anugerah seperti berikut:

a) Anugerah Kualiti Pernana Menteri

b) Anugerah Kualiti Menteri Besar Selangor.

c) Anugerah ICT

d) Anugerah Piagam Pelanggan

e) Anugerah KMK

f) Mendapat pengiktirafan sebagai Fsilitar terbaik peringakat nasional.

ii. Butir-butir kegiatan luar.

a) PEMADAM –N.Pengerusi Daerah Bentung (1990-1994)

b) Pusat Jagaan Lanjutan Benus Bentung –Pengerusi 1992-1994.

c) Persatuan pegawai kanan Caw.Timor(Pahang.Terengganu dan Kelantan (1990-1994)-Presiden

d) Persatuan Pegawai Kanan Caw.Selangor (1996-2005)-Presiden

e) Majlis Sukan dan Kebajikan Kastam Selangor (2000-2004)-Naib Pengerusi

f) Perumahan Kastam Kampong Jawa,Selangor-(2000-2005)-Naib Pengerusi

g) Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (1996-2008)-Presiden Malaysia.

h) Majlis bersama Kebangsaan (1996-2004)-Ahli Majlis

i) Majlis bersama Kebangsaan (2004-2006)-Setia usaha Kewangan.

j) Majlis bersama Kebangsaan (2006- )-Naib pengerusi

iii. Pengalaman Kerja.

a) Penguasa Kastam KDRM Bentong Pahang D.M (1987-1994)

b) Penguasa Kastam KDRM Selangor D.E (1994-2005)

c) Penolong Pengarah Kastam KDRM WPKL (2005-2006)

d) Penolong Pengarah Kastam KDRM Ibu Pejabat (2006-2007)

e) Penolong Kanan Pengarah Kastam KDRM Ibu Pejabat (2007- )





Ahad, 26 Julai 2009

Sidang Media YAB Dato'Seri IR Nizar bersama Naib Yang DiPertua PAS Grik dan Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong(Haji Razman Bin Haji Zakaria)baju batik hijau,banyak gak yang MB sah ni sentuh beb,yang paling hits n sensasi beliau sentuh tentang kemungkinan Persidangan DUN Perak untuk membentangkan belanjawan 2010 confirm hara huru,that why dulu depa angkat speaker sah keluar dewan n kurung dalam bilik,sekarang giliran adun2 PR la plak yob,angkat speaker haram A.Ganeson keluar dewan amacam gamat tak sidang yang akan datang.
so choice yg paling simple beb,bubar DUN la,apasal Zamri takut ker,kalo takut dipihak yang salah kalo berani dipihak yang benar,kan pepatah org tua jaman dahulu kala cakap gitu.
pak sedara teman tu pun khusuk bebenor mike mendengar Haji Nizar bersidang media,Pak Teh tu kena prepair,sekang ni Pak Teh dah diamanahkan Ketua Lajnah Petani,Nelayan dan Peneroka Badan Perhubungan PAS Perak,so bertambah la keja pak teh teman..ops...tak terkecuali teman ni yang duk kena mengekor almaklumlah teman ni udah ler Penolong setiausaha merangkap drebe..org parit ckp kepada pak teh teman ni..tak mengape le.."Istiqamah Mendepani Perjuangan" Ahlan Wasahlan sampai bertemu lagi dilain waktu salam Pakatan Rakyat...

Rabu, 27 Mei 2009

Perwakilan PAS Kawasan Lenggong - Konvensyen PAS Perak 2009


Salam,kalo nak kasi tau semua pengenalan diri perwakilan yang ada didalam picture ni gaban saya,apa-apa pun ini adalah satu daripada sebahagian proses melestarikan perjuangan PAS diperingkat kawasan."kepada semua perwakilan bergeraklah kegerbang jasa,kalah menang bukan alasannya".