Salam For All,Tajuk:DISIPLIN,Perkataan Ringkas yang membawa maksud meluas dan kebaikan teramat banyak jika diikuti oleh mana2 individu lebih2 lagi bagi yang berada didalam sesuatu organisasi/pertubuhan dll.
bila menyebut soal disiplin,kebanyakan dari kita telah sedia maklum dan sedar akan hakikat perbuatan diri yang berkait dengan perkataan tajuk adalah sesuatu yang membosankan,tidak bebas,bersifat kekangan,terbatas dan mudah membuatkan seseorang yang tidak cukup memahami memberontak.jadi dikesempatan 8 Mac 2010 ini saya mengambil sedikit inisiatif untuk bersama2 visitor membincangkan kepentingan perkara tajuk.
Disiplin adalah perbuatan diri yang teratur,tersusun,menepati masa,konsisten,berdaya saing dan berkaitan,jika difahami dan dijadikan amalan diri perkara akan menjadi sebahagian dari kekuatan diri yang sangat efisen,dengan maksud mudahnya pengamal akan mempunyai sifat berkarismatik,public relection,fokus dan tersusun dalam setiap tindakannya yang akan menghasilkan kesan terbaik perbuatan diri.
Seringkali perkara gagal difahami dan disalahtafsir oleh segelintir individu lebih2 lagi bagi entiti belia/remaja,komuniti luar bandar dan pelajar terhadap kepentingan perkara dalam perbuatan kehidupan hariannya,terbiasa dari kita mengaitkan perkara dengan kerjaya penguatkuasaan,latihan struktur keselamatan dan alam persekolahan rendah serta menengah,secara langsung telah mengakibatkan perkara dianggap sebagai penghalang perbuatan yang dikehendaki diri.
Seterusnya menghasilkan kesan sikap diri yang negatif tanpa disedari dan bagi yang menguasai perkara akan mudah mengenali sebarang kelemahan,sifat/sikap negatif dan keburukan yang sedang dan akan berlaku/dilakukan oleh antidisiplin,dengan kata mudahnya Prodisiplin cepat menghidu keburukan perbuatan diri antidisiplin dan pencatat dengan nada keyakinan tahap gaban Z potong 3 menyatakan dengan sesungguhnya Antidisiplin mudah dikalahkan prodisiplin,pernahkan visitor mendengar dendangan kata2 ini'
"Kebathilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
Bagi yang menguasai perkara dan berpengalaman direkrutkan dengan tanpa toleransi dan diluardugaan batas penghormatan,inilah golongan yang sangat digeruni oleh struktur lawan yang mengatahui saingannya bukan sekadar menguasai tapi terlatih dengan mempunyai keprofesionalisme perkara kesan dari pengalaman latihan psikologi tinggi yang tidak punya toleransi pelatih pastinya sangat sukar dikalahkan kesan dari diri yang telah menjadi rutinnya dan entiti terlatih ini dengan mudah ketawa,senyum dan ketenangan yang mudah dikuasainya dapat mengenali,mengagak,menilai dan menunggu masa yang telah diketahui,dihitung dan dikuasainya untuk menghantar serangan mudahnya yang tidak diduga kekuatan melumpuhkan daya saing lawan tanpa belas dan sedikit kecacatan tektikal serangan balasnya dengan kemampuan serangan lawannya yang telah berpuashati dengan kemampuan dirinya tanpa ia mengatur teknikal dan tektikal percaturan serta kemampuan mengawal diri dengan tenang untuk menguasai percaturannya yang akan menamatkan saingan dengan tanpa sedar dan tertanya2 dimana kesilapan percaturannya dan ia akan terus dihantui kegagalan percaturannya yang jika tidak mampu diatasi dengan ketenangan akan menamatkan kemampuan daya juang jiwanya.
Akhirnya Penguasa Percaturan Yang BerDISIPLIN akan berdiri tenang melihat keadaan yang diingininya dan dijulang sebagai Penguasa Agung(ni sahih dari akibat suka baca komik ngan tengok cite kung-fu/martial art animasi dan filem nih jadi gini ni)"memang arr cite tu bebudak jer yang suker tengok dan kalo yang dah boleh jd papa budak tengok jugak akan dicop kebudak2an,tp yang meminati tektikal pertarungan/percaturan akan melihat susunan kenaikan plot cerita khayalan tersebut dengan ia akan mengingati dan membetulkan part teknikal dan tektikal yang realistik dari dunia maya ke realiti sangat bahaya Entiti itu,ia adalah ENTITI SINGA RIMBA PERTARUNGAN dunia realiti...
"DISIPLIN TINGGI PENANDA ARAS PRESTASI YANG DIKAGUMI DAN DIGERUNI"
WALLAHUALAM...
posting dicatatkan oleh khayalan minda pencatat tak da kaitan ngan sapa2,jadi jangan duk perasan,kalo perasan jugak?...hei.!Lu Pikir La Sendiri!..landing time..tata...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan