salam...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.,masih memberi ruang dan peluang untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi ciptaannya...telah ku terima segala ketentuanmu...harapan ku pada mu Maha Pencipta yang Mengasihi dan menyayangi Hamba2nya seperti mana mengasihi Kekasihmu Muhammad S.A.W.,
2. Terkadang jika difikirkan/dimuhasabah perjalanan kehidupanku dalam beribadah kepada Allah...sangat2 menyedihkan..rasanya lebih banyak keburukan dari kebaikan yang ku lakukan...apa2 pun aku tidak pernah lupa akan tanggungjawapku kepada suruhan dan laranganmu,kerana setiap apa yang ku lakukan akan berlaku diatas aturan kehendakmu yang Maha Berkuasa...jika engkau takdirkan seluruh kehidupanKu hari ini,esok dan kelak menemui kebahagiaan yang ku dambakan..ku bersyukur diatas belas kasih mu padaku yang tiada terdaya untuk mengharungi onak cabaran hidup di persinggahan sementara ini...setiap apa yang engkau perlihatkan dan berikan kepadaku mengandungi hikmah dan tujuan2 tertentu..
3. Aku bukan mahu meniggalkan perjuangan mendaulahkan agamamu,akan tetapi aku perlu memastikan batang tubuhku dan setiap kerjabuat ku yg menghadir dan menimbulkan Fitnah,kata nista,ungkapan keburukan dan perilaku yang tidak maju berlegar diruangan perjalananku,BERHENTI kesan dari ketiadaanku di posisi,Bondaku sudah tidak tahan untuk terus mendengar keburukanku..berundur untuk langkah yang lebih bertenaga,mengalah untuk kemenangan hakiki,biar apa yg difikirkan dan dikatakan org padaku..Wallahi aku berjuang bukan kerana nama,pangkat,harta atau periktirafan..aku berjuangan untuk mengubah Komuniti...dengan tegas dan teratur ku aturkan untuk menggerakan apa2 perkara yg diamanahkan...aku pantang ditegur oleh penama yang belum punyai catatan pengalaman berjuang,tidak bermakna aku tidak boleh langsung ditegur,org yang mahu menegurku perlu mengatasiku,mendidikku,bekerja bersamaku dan masak dengan pengalaman,bila ku ambil teguran yg diberikan kepadaku bila ku bersendirian adakalanya ia teguran lahir dr emosi yg cemburu,tidak memahami dengan jelas keperluan dan ingin mendapatkan apa yg telah ku kecapi..penama yang hanya nampak keindahan hasil pengorbanan pejuang terdahulu...nah...ambillah.,ia tiada nilai pada ku...
Apa yang ku pertahankan adalah pencapaian semasa aku melaksanakan amanah...aku mahu lihat pencapaian itu diatasi dan diperindahkan...Sekian Coretan semasa...26 may 2011...yg baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan ku seorang manusia ciptaan Allah...Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan