Pages

Rabu, 21 April 2010

Isnin, 19 April 2010

Telah berpunya...frust berguling lentang

salam,nyayi selagu dulu baru saya ulas,lagu favorite chek jaman sekolah menengah dulu,bila tacke orang tak dapat coz xensem...Kita Terpaksa Bermusuhan-SLAM,bagi yang ade koleksi mp3 SLAM tu boleh la dengar lirik dia,tapi chek cuma ambik pada part "sayang seribu kali sayang,akhirnya kecundang jua" sat nak gelak dulu..baru gebang...

Dipermudahkan bicaranya,kemarin ade ler p jumpa si Emma ni,coz dia duk mesej nak belanja,dengan semangat yang berkobar2 lalu chek pederas keta chek yang buruk dan reput tu,tunggu nak relai ja..p date ngan si Emma,kena Mc D coz simple n casual bila lepak kat situ,chek pun keluarkan laptop sementara siEmma ngan fren p order cekik,sempat jeguk2 blog siasah/politik coz lame sangat tak view,baik cina islam,Al Husseyn.tak da rasa ketaq or gabra,walaupun lum kenal lama,mula bicara dengan tanya nama sekali lagi,bagi confirm, hah!emma la yang tanya,padahal duk tau dah coz duk mesej dah..

kemudian member emma bawak set mc d,sekali tengok ade 4 set sedangkan kami ber3 je,malas nak gatai mulut tanya sapa yang extra order...biaq la buruk makan pun bukan chek bayaq,syok duk gebang sat2 mai orang bagi salam,tak semena si Emma tu salam ngan mamat yang bagi salam tadi siap cium tangan,sepontan diperkenalkan Tunang dia yang turut berada sebumbung di Jabatan Kesihatan,bertugas sebagai MA/Pembantu Perubatan after that kenal masa krusus medical katanya,turus bertunang masa duk praktikal,ye la dah cun duk tunggu lama kena sapu orang la,dalam hati"hadus kan Ramalan Ku Benar Belaka kata Kump.Umbrella"yang layer 2 confirm jururawat n kalo cun dah ditanda orang,hah...awat hangpa ingat chek ni playboy apa,cuma chek la ni,tak da sapa duk amik berat so kadang2 mai duk sorang sunyi kita nak kawan berborak dan bergurau supaya hati tak mati,

n chek tengok pun budak tunang si emma tu pun berpasal n chek ngaku terus yg tunang emma lebih ensem dari chek,sory sikit eh..tak cemburu pun,so kekal la chek dengan status tak berpunya sampai sat2,kadang mai teringat kat someone mau nyesal giler coz masa duk intim dulu tak betul2 jaga ati dia,ye la chek bukan ade pengalaman duk bercouple sampai keluar jalan sekali,abih kuat mesej,YM n belanja makan,n mase tu plak chek ade perjanjian yang tergantung dan tidak diputuskan walaupun x dah lama kawen,tak dapat info...tau2 dah kawen,terima dengan hati terbuka walaupun setia menunggu lama,siap mesej ucap tahniah dan doakan kebahagian,jauh disudut hati terasa gak,awat perempuan ni tak berterus terang awal,kalo tak dah tentu yang tengah duk dekat ngan kita dah diberi perhatian dan diambil berat termasuk mengawal diri dari mudah melenting,prinsip chek mudah chek tak suka berbohong atau dalam kata lain nya hipokrit,depan lain belakang lain,n dia hilang keyakinan pada hubungan dan dingin dengan chek,chek terima segala kesilapan yang chek buat akibat terlalu jujur dan setia dengan janji.

dan chek terima kehilangan tersebut dengan sesal tanpa menyalahkan sesiapa,ditakdirkan bertemu buat kali terakhir di ramly mee rebus masa tu kepala turut duk berserabut dengan sikap pak ngah yang mau chek pertemukan dengan anaknya nabila,jika mak chek tipu la...memang chek rapat ngan family pak ngah n tak terlintas untuk mendapatkan apa2,dalam duk serabut tu sempat la jumpa buat kali terakhir n sempat amik gambar but dia bagi tepi,tak pa la janji chek leh buat kenangan,kalo la masa tu boleh kita return balik garenti n confirm se comfirm2nye chek prepair segala perbuatan chek,tp nak wat cam na,bak kata rohana jalil "Aku Insan Yang Lemah,Hanya Mampu Berserah"apa2 pun fizi doakan kebahagian jika bertemu dengan pasangan yang mampu menjaganya.dah lama lost kontak,kadang teringat penah taip mesej n bila nak anto tak mampu takut jadi penyebab bertengkar,so tunggu bulan jatuh ke riba or tunggu kucing bertanduk untuk dia mesej tanya khabar,kalo dulu bila birthday dia duk mesej ucap selamat hari lahir sekarang fhone ni dah sunyi,nak masuk YM pun dah tak de semangat,sebab tu dah lama member chat tak dapat borak,jadi macam 1 kehilngan so zie dah tak tumpu lagi pada ym,hanya tinggal ni la satu2nya tempat chek luah ape yang duk terpendam,harap kalo baca pun jangan la marah,jauh disudut hati ni masih ingat dan mengharapkan kembali seperti dulu.

akhirkata buat posting kali ni,zie mengharapkan sinar kehidupan yang lebih bermakna dapat chek harungi bagi tahun 2010 ni,tak da apa yang nak dipinta,cukup hanya dapat mengecapi kebahagian bagi meneruskan sisa2 hidup kurniaan Ilahi ini,selagi benafas untuk hidup selagi itulah zie perlu teruskan hidup walaupun kehilangan terlalu banyak perkara yang indah...dan berharap pada Allah agar beliau melimpahkan rezeki kepada zie untuk zie gunakan bagi meneruskan hidup dan terutamanya membantu agamanya berada dilandasan yang dituntut.

sekian untuk luahan kali ini dan seperti biasa mai kita tangguh posting ni dengan membaca kaffaratul majlis dan suratul Asr'..WallahuAlam..dari Akhukum Fil Islam(Saudaramu Dalam Islam)...bye..

Ahad, 11 April 2010

Suku Pertama Tahun 2010




salam...erm....berkaitan tajuk ari ni,3 bulan pertama dalam tahun 2010 atau dalam kata lainnya suku pertama 2010,telah berlalu sama bagi pihak chek(bahasa diri org peneng)mahupun sesiapa sahaja,

Cuma untuk posting kali ini chek nak ajak sesiapa saja yang view blog ni bermuhasabah seketika tentang 3 bulan/suku pertama tahun 2010 ni samada berlalu dengan nota perubahan kearah anjakan paradigma yang dituntut,masih ditakuk sedia ada tanpa sebarang perubahan atau tercatatnya nota duka.tidak dapat dinafikan akan aturan kehidupan ini tidak lepas dari aturan yang dibenarkan Oleh Maha Pecipta Allah S.W.T dalam semua perkara perbuatan diri sama disedari atau tidak apatah lagi kalau "duk lena(Tido bagi bahasa org kedah)"akan tetapi semua itu berlakunya dengan mana usaha pelaku situbuh yang berkehendakan sesuatu untuk dikecapinya samada yang baik atau buruk,sedar atau tidak,suka atau tak perlu dan sudah semestinya dilalui lengguk kehidupan yang telah berlalu.

Bagi pencatat suku pertama ini berlalu tanpa nota kegembiraan dalam kata lainnya sama ja macam dulu,x pertama sedang melalui dan mengecapi kehidupan berumahtangga-semoga bahagia berkekalan hendaknya,x ke2 plak dengan info dari sumber yang boleh dipercayai dan sempat terlihat maksud wajah yang terpancar sedang menanggung derita akibat berjauhan,lebih malang dengar ceritanya perang dingin rumah tangga-semoga dapat bersama suami isteri dalam mengendurkan ego diri masing-masing,isteri walaupun dia lebih rezekinya dari suami dlm berumah tangga semuanya bersatu,dalam kata lainnya semua yang milik bersama kalau tak ia tidak dipanggil perkongsian hidup selesaikanlah dengan berbincang dengan baik dan menerima kekurangan yang dimiliki pasangan dan memanfaatkan kelebihan diri untuk dikecapi bersama dan yang ke3 sunyi tanpa khabar berita,tidak berharap dan tidak pula mencari harapan baru.buat sementara waktu jika ada yang menghampiri dengan maksud pershabatan biasa diterima dengan bersyarat,cuma pencatat dpat menghidu akan kehendak melewati persahabatan pada seorang teman itu,setiap malam mengutus pesanan ringkas walau "Nite",kemarin dulu dia dah kena sound 1000,000.00 Watt PMPO,memberontak dia n chek tak layan coz dah sejuk baru mesej balik,siap explain yang dia tak penah agap chek ni lebih dari kawan biasa,eh agak-agak la nak kelentong chek,chek bukan budak-budak tak sekolah,kalo dah tiap2 malam hantar mesej dan col tu dah bukan kawan,best fren pun tak wat gitu habih kuat dia col seminggu sekali macam Dyla lum kawen dulu,ari jumaat petang kul 5.45 confirm dia col ajak p pekan,dari SMK Teknik Bagan Serai nak sampai Lenggong mau sejam suku lebih kurang...paling lucu time nak balik mengajar hari ahad petang sempat lagi mai umah ajak p isi minyak keta kebal.

kadang sampai chek punya mami pun gelak ngan duk beleteaq,awat hampa ber2 kalut sangat aih...tengok plak minyak sempat isi kat kuala kangsar takyah p pekan lenggong isi coz memang org ckap "punggah"coz kena patah balik mai belakang,but apa2 pun tu la best of the best friend,tiada perasaan cinta yang penah wujud dlm diri masing2 cuma bila kehilangan terasa sangat baik dia or chek sendiri,bila dah kawen so far dah tak boleh berhubung mcm dulu,permulaan dulu dapat meneka dan merasai mcm mana dia nak sesuaikan dengan keadaan,tp la yang chek terkejuk monkey dia col chek kul 3.00 pagi,mlm jumaat plak tu,suspens gak coz ye la baru kawen n mlm jumaat takkan laki tak da sebelah,nak cerita dia tak dapat lelap,puas pejam mata.hem...dlm tu duk ingat biasa la dia baru kawen.hah..tak da plak duk otak kuning,lantak kat depa la benda halal...

Tu lah hidup mcm2 perkara yang dilalui sedar ke tak,bila dikenang mau tersenyum dengan aturan yang chek lalu yang telah disetting oleh Allah S.W.T... ha.ha..marah,kecewa,bengang,angin satu badan,ketawa,gelak,senyum, semuanya akan kita lalui...good bye suku pertama 2010 suku ke2 ni nampaknya sedang bermula nota ceria nantikan laporan akhir suku ke2/2010 oleh karamsingh walia untuk buletin utama TV3 suku...hua.hua..hua...

sperti biasa mai kita tangguh posting ni dengan membaca tasbih kaffarah dan suratul asr'....wasalamualaikum w.b.t...

Ahad, 7 Mac 2010

DISIPLIN

Salam For All,Tajuk:DISIPLIN,Perkataan Ringkas yang membawa maksud meluas dan kebaikan teramat banyak jika diikuti oleh mana2 individu lebih2 lagi bagi yang berada didalam sesuatu organisasi/pertubuhan dll.

bila menyebut soal disiplin,kebanyakan dari kita telah sedia maklum dan sedar akan hakikat perbuatan diri yang berkait dengan perkataan tajuk adalah sesuatu yang membosankan,tidak bebas,bersifat kekangan,terbatas dan mudah membuatkan seseorang yang tidak cukup memahami memberontak.jadi dikesempatan 8 Mac 2010 ini saya mengambil sedikit inisiatif untuk bersama2 visitor membincangkan kepentingan perkara tajuk.

Disiplin adalah perbuatan diri yang teratur,tersusun,menepati masa,konsisten,berdaya saing dan berkaitan,jika difahami dan dijadikan amalan diri perkara akan menjadi sebahagian dari kekuatan diri yang sangat efisen,dengan maksud mudahnya pengamal akan mempunyai sifat berkarismatik,public relection,fokus dan tersusun dalam setiap tindakannya yang akan menghasilkan kesan terbaik perbuatan diri.

Seringkali perkara gagal difahami dan disalahtafsir oleh segelintir individu lebih2 lagi bagi entiti belia/remaja,komuniti luar bandar dan pelajar terhadap kepentingan perkara dalam perbuatan kehidupan hariannya,terbiasa dari kita mengaitkan perkara dengan kerjaya penguatkuasaan,latihan struktur keselamatan dan alam persekolahan rendah serta menengah,secara langsung telah mengakibatkan perkara dianggap sebagai penghalang perbuatan yang dikehendaki diri.

Seterusnya menghasilkan kesan sikap diri yang negatif tanpa disedari dan bagi yang menguasai perkara akan mudah mengenali sebarang kelemahan,sifat/sikap negatif dan keburukan yang sedang dan akan berlaku/dilakukan oleh antidisiplin,dengan kata mudahnya Prodisiplin cepat menghidu keburukan perbuatan diri antidisiplin dan pencatat dengan nada keyakinan tahap gaban Z potong 3 menyatakan dengan sesungguhnya Antidisiplin mudah dikalahkan prodisiplin,pernahkan visitor mendengar dendangan kata2 ini'

"Kebathilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

Bagi yang menguasai perkara dan berpengalaman direkrutkan dengan tanpa toleransi dan diluardugaan batas penghormatan,inilah golongan yang sangat digeruni oleh struktur lawan yang mengatahui saingannya bukan sekadar menguasai tapi terlatih dengan mempunyai keprofesionalisme perkara kesan dari pengalaman latihan psikologi tinggi yang tidak punya toleransi pelatih pastinya sangat sukar dikalahkan kesan dari diri yang telah menjadi rutinnya dan entiti terlatih ini dengan mudah ketawa,senyum dan ketenangan yang mudah dikuasainya dapat mengenali,mengagak,menilai dan menunggu masa yang telah diketahui,dihitung dan dikuasainya untuk menghantar serangan mudahnya yang tidak diduga kekuatan melumpuhkan daya saing lawan tanpa belas dan sedikit kecacatan tektikal serangan balasnya dengan kemampuan serangan lawannya yang telah berpuashati dengan kemampuan dirinya tanpa ia mengatur teknikal dan tektikal percaturan serta kemampuan mengawal diri dengan tenang untuk menguasai percaturannya yang akan menamatkan saingan dengan tanpa sedar dan tertanya2 dimana kesilapan percaturannya dan ia akan terus dihantui kegagalan percaturannya yang jika tidak mampu diatasi dengan ketenangan akan menamatkan kemampuan daya juang jiwanya.

Akhirnya Penguasa Percaturan Yang BerDISIPLIN akan berdiri tenang melihat keadaan yang diingininya dan dijulang sebagai Penguasa Agung(ni sahih dari akibat suka baca komik ngan tengok cite kung-fu/martial art animasi dan filem nih jadi gini ni)"memang arr cite tu bebudak jer yang suker tengok dan kalo yang dah boleh jd papa budak tengok jugak akan dicop kebudak2an,tp yang meminati tektikal pertarungan/percaturan akan melihat susunan kenaikan plot cerita khayalan tersebut dengan ia akan mengingati dan membetulkan part teknikal dan tektikal yang realistik dari dunia maya ke realiti sangat bahaya Entiti itu,ia adalah ENTITI SINGA RIMBA PERTARUNGAN dunia realiti...

"DISIPLIN TINGGI PENANDA ARAS PRESTASI YANG DIKAGUMI DAN DIGERUNI"

WALLAHUALAM...

posting dicatatkan oleh khayalan minda pencatat tak da kaitan ngan sapa2,jadi jangan duk perasan,kalo perasan jugak?...hei.!Lu Pikir La Sendiri!..landing time..tata...

Selasa, 2 Mac 2010

Gua punya suka...la

Salam,tajuk nampak macam marah,tak lah...but nak bagi korang faham blog ni apa..,tu jek..
Berkaitan baru2 ni ade ler orang tegur aku coz blog dah berubah bentuk posting dari berlegar soal kerja buat politik kepada hal2 sendiri pencatat seperti pasal bolasepak pun posting kat blog dll..eh suka ati aku arrr...ni blog aku la..ko paham tak blog ni menatang aper..kalo tak paham p blajar dulu baru tegur..
Suker ku gtau blog ni tapak/site yang dicipta oleh pemiliknya untuk tujuan mengutarakan pe2 saje hal yang berkait yang pemilik suka ke tak,jd ia hak mutlak pemiliknya untuk preview apa sahaja yang pemilik nak dalam kata mudahnya..jika tak berpuashati ngan posting mike kena create blog sendiri la,pastu taruk jek ape2 pun yang mike nak ok...sapa pun tak larang ngan tegur..tu salah,ni salah..,apa yang betul..eh ape da..bila aku cuci tangan jangan minta aku kotorkan balik dengan minta aku amik barang(tanggungjawap yang tak terpikul sorang diri dengan keikhlasan,masa,wang ringgit,dan terkadang ia menyebab menjadi sebahagian dari penghalang melestarikan kasih)cukuplah..dah terlalu lama menanggung bebanan..aku nak bebas bab sang camar kesana kemari dirimba raya..cukuplah aku tak mau dengar buat itu ini,tengok itu ini dan disuruh letak jawatan oleh orang yang tak ada keahlian.po..dah....p khatam politik organisasi dulu baru boleh cakap pandai,kalo aku panjangkan masalah ni jadi memberat n bertambah2 nyakitkan ati,opsyen terbaik duk diam n tunggu masa sesuai untuk betulkan balik apa yang tak betul.
tapi confirm kena keluar dari lenggong baru aman settle story,then mum pun dah tak kasi teruskan cukuplah telinga dia mcm nak pekak duk dengar buah mulut orang yang sebelum sesi 2009-2011 tak penah dengar atau ter..ter..terdengar.my mum suh berhenti bagi yang pandai plak buat kerja,kita bodoh ngan miskin jadi jangan amik campur hal orang.biar orang buat apa yang deme rasa betul n best of the best,k bye..tata...

Panduan Memilih Calon Isteri

Salam,entry dicatat sebahagian dari memberi panduan dan memandu diri sendiri kearah perkara walaupun pencatat sendiri tidak pasti entry dibuat untuk ditujukan pada diri sendiri atau visitor yang melawat blog ni secara sengaja atau tak,yang pentingnya Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud :

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat"

dan untuk itu

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud :

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya, maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ahad, 28 Februari 2010

SWOT

S = (Strenghts) = Kekuatan
W = (Weaknesses) = Kelemahan

O = (Opportunities) = Peluang

T = (Threats) = Ancaman

Salam,posting hari ini adalah berfkaitan taktikal kerja yang menjadi sebahagian dari STRATEGI dan pendekatan cara yang sering digunapakai oleh pencatat dalam menghadapi apajua situasi keadaan yang sedang dan akan tempuhi/lalui/rasai dalam merentasi kehidupan,

2.
S-(Strenghts)-Kekuatan,mengenalpasti kemampuan diri dan struktur yang hendak dihadapi dari segi kekuatan,daya tahan,pengalaman atau apa sahaja yang menjadi sebahagian dari kelebihan struktur yang sedang dan akan hadapi.

3. W-(Weaknesses)-Kelemahan,mengenalpasti Kelemahan diri dan struktur untuk diatasi dan dimanipulasi dengan teknik atau tektikal serangan secara saraf,propaganda,tektikal medan(dalam dan luar) dan psikologi yang akan membuatkan struktur mula merasai dan seterusnya menguasai kelemahan struktur hingga ia lumpuh dan hilang potensi.

4. O-(Opportunities)-Peluang,menggunakan keseluruhan peluang yang datang untuk diterjemahkan kepada Kejayaan pelan dan menutup keseluruhan yang diperolehi struktur pelan sehingga struktur tidak lagi dapat mengatasi pelan.

5. T-(Threats)-Ancaman,Menguasai tektikal dan teknik mengatasi bersistematik,menggerakkan usaha mengatasi,melenyap,menghilang,menukar arah dan disinilah duduknya tektikal propaganda yang sangat objektif,kompetetif.